Minggu, 24 Februari 2013

Karena aku seorang muslimah..
aku bersyukur apa adanya aku.

aku belajar menerima takdir-Nya buatku..
aku disini kerana cinta-Nya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal arti jatuh yang tidak bangun.
Aku bukan muslimah yang begitu. Lembek. Lemah! ★

Aku bukan muslimah lembek yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain.
Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cibiran! ★
Aku mau menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani.
Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi,

aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan.
Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri. ★
Akan ku hapus air mata ini dengan semangat baru.

Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu.
Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi.

Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar